-Ungkapan yang terdiri daripada dua patah perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang padat dan tepat.
- Biasanya membawa maksud yang menunjukkan sifat atau perbuatan manusia.
Contoh | Maksud |
Ambil angin | Berjalan-jalan atau bersiar-siar. |
Ambil berat | Ambil perhatian. |
Ayam tambatan | Orang yang menjadi harapan dalam sesuatu pasukan. |
Berat mulut | Pendiam. |
Berat sebelah | Tidak adil. |
Beri muka | Terlalu memanjakan seseorang |
Bertikam lidah | Bertengkar atau berdebat. |
Buah tangan | Hadiah. |
Cangkul angin | Perbuatan yang sia-sia. |
Campur tangan | Turut serta dalam urusan orang lain. |
Curi tulang | Tidak bekerja dengan betul. |
Dalam tangan | Pasti memperoleh sesuatu. |
Darah daging | Kaum keluarga. |
Geli hati | Rasa hendak ketawa, lucu. |
Hentam keromo | Membuat sesuatu perkara secara sambil lewa. |
Hilang akal | Tiada pertimbangan yang sewajarnya. |
Isi hati | Perasaan seseorang. |
Jalan buntu | Gagal untuk mendapatkan penyelesaian. |
Kaki | Lantai di depan pintu atau di depan bangunan. |
Mandi peluh | Bekerja dengan kuat. |
Makan suap | Menerima wang sogokan. |
Panjang akal | Cerdik |
Panjang tangan | Suka mencuri. |
Perah keringat | Berusaha dengan keras. |
Raja sehari | Pengantin. |
Sampah masyarakat | Orang yang tidak berguna. |
Titik peluh | Hasil kerja sendiri yang bersungguh-sungguh. |
Ayat contoh:
1. Lelaki itu dihadapkan ke mahkamah kerana makan suap.
2. Nenek Limah geli hati melihat telatah cucu-cucunya.
3. Fei Wong tidak ambil hati terhadap perbuatan rakannya itu.
No comments:
Post a Comment