I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, 27 November 2011

KATA GANTI NAMA DIRI

KATA GANTI NAMA DIRI

-         Digunakan untuk menggantikan nama orang
-         Terbahagi kepada tiga, iaitu:
i.                     kata ganti nama diri orang pertama
ii.                   kata ganti nama diri orang kedua
iii.                  kata ganti nama diri orang ketiga

i.                    Kata ganti nama diri orang pertama

-         Digunakan bagi orang yang sedang bercakap

Contoh:

kita, patik, kami, beta, saya

Ayat contoh:

  1. Aku akan belajar bersungguh-sungguh.
  2. Kita hendaklah menjaga kebersihan.


ii.                  Kata ganti nama diri orang kedua

-         Digunakan untuk orang yang dilawan bercakap.

Contoh:

-         anda, encik, kamu, tuan, puan, kalian.

Ayat contoh:

1. “Kalian hendak ke mana?” Tanya Ruby kepada rakan-rakannya.
2. Bilakah kamu akan ke Singapura?

iii.                Kata ganti nama diri orang ketiga

-Digunakah untuk orang yang diperkatakan halnya

Contoh:
-         baginda, mereka, dia, beliau.

Ayat contoh:
  1. Para tetamu duduk di bawah khemah. Mereka sedang menikmati hidangan.
  2. Dia didenda oleh guru kelasnya kerana tidak menyiapkan kerja sekolah.

No comments: