I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, 2 November 2011

Kosa Kata

Tahun 2 Bahasa Malaysia dalam unit 1 yang bertema :
Keluargaku Syurgaku- Keluarga Bahagia


Hari ini, saya akan mengajar 10 Kosa Kata, dan memberi penjelasan supaya memudahkan murid-murid faham maksudnya dan membina 5 ayat dalam 5 kota kata di bawah.

1.
Sering
Acap kali, kerap kali, selalu.

2.
Aktiviti
Gerak kerja, kegiatan, usaha.

3.
Berfaedah
Mendatangkan faedah, berguna, bermanfaat.

4.
Tinggal
Bermukim, diam, duduk, menetap.

5.
Tentera
Bala tentera, pasukan berperang.

6.
Nyaman
Cergas, segar, sihat.

7.
Hadiah
Ganjaran, oleh-oleh, pemberian, persenan, bingkisan.

8.
Pulang
Pergi ke rumah (kampong halaman) sendiri, balik kembali.

9.
Senyum
Ketawa kecil (membayangkan rasa suka)

10.
Bahagia
Beruntung, sempena, senang, tuah.




Refleksi:
Murid memang tidak suka membina ayat, kerana murid perlu menjana idea. Saya perlu memberi bimbingan kepada murid yang lemah, kerana mereka tidak dapat membina ayat yang lengkap.

No comments: