I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, 9 December 2011

Kata kerja

1. digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan sama ada dilakukan oleh manusia, haiwan atau benda.
2. Terbahagi kepada dua jenis:

Kata Kerja Transitif
Memerlukan objek yang terdiri daripada kata nama


Kata Kerja Tak Transitif
Tidak memerlukan objek selepas kata kerja.


Ayat contoh kata kerja transitif:
1. Pak Cik Wong menanam sayur.
2. Rajesh menuntun basikal.

Ayat contoh kata kerja tak transitif:
1. Lelaki itu tersenyum.
2. Encik Kim masih belum pulang.

Kata kerja transitif terbahagi kepada dua:
I. Transitif aktif
Ayat contoh: Ibu menggoreng ayam itu.
II. Transitif tak aktif
Ayat contoh: Ayam itu digoreng oleh ibu.

Kata kerja tak transitif terbahagi kepada dua:
i. Berpelengkap
Ayat contoh:Cheng Hong menjadi ketua murid.
ii. Tanpa pelengkap
Ayat contoh: Pokok itu tumbang.

No comments: